Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK MUDAH - GADIS JK

 BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-MUDAH


A) INTERNET




Elemen : Mudah

Tema : Papan iklan

Rujukan : https://www.pinterest.com/danielle_ncsu/billboard-designs/ 

Huraian : Sekeping foto yang menunjukkan dua botol air minuman mountain dew yang dipaparkan di papan iklan. Papan iklan ini kelihatan mudah untuk didefinisikan kerana gambaran tersebut mudah difahami oleh sesiapa yang melihatnya. Gambar tersebut juga mudah dilihat sebagai satu mesej yang dapat difahami tanpa sebarang kekeliruan. Sesiapa yang melihat papan iklan tersebut akan faham bahawa papan iklan tersebut mempromosikan air minuman yang berjenama mountain dew.



Elemen: Mudah

Tema: Makanan segera

Rujukan: https://images.app.goo.gl/ewnajHJJi656p3BS7 

Huraian: Gambar papan iklan di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu elemen mudah. Gambar tersebut menunjukkan sebiji burger dari syarikat makanan segera yang terkenal yang menunjukkan keluaran menu burger baharu syarikat tersebut. Jika seseorang melihat iklan tersebut akan faham bahawa gambar tersebut adalah tentang burger itu. Gambar itu juga menunjukkan elemen mudah kerana gambar tersebut memfokuskan kepada burger itu. 



Elemen : Mudah

Tema: Jualan Kasut Nike

Rujukan:https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fmiragraphics.myportfolio.com%2Fnike-billboard&psig=AOvVaw1uaT-1We1lG54FNR1Wv4bu&ust=1617472327957000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCOikhpWQ4O8CFQAAAAAdAAAAABAF 

Huraian: Gambar tersebut mengandungi elemen grafik yang paling ketara iaitu elemen mudah. Elemen mudah ini wujud apabila penglihatan seseorang terhadap gambaran yang mudah difahami seperti gambaran sepasang kasut di atas. Dengan adanya logo Nike di kiri gambar ianya telah menunjukkan bahawa kasut tersebut berjenama Nike. Tulisan LEBRON XVI turut merujuk kepada jenis kasut tersebut.



Elemen : Mudah

Tema : Fesyen

Rujukan: https://www.google.com/search?q=top-27-creative-business-sign-ideas-examples-20&client=firefox-b-d&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwje28Lki-LvAhWH4XMBHbKQDaAQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1366&bih=654#imgrc=irS7T9UytSpQ4M

Huraian : Penekanan dalam gambar tersebut ialah adalah pada elemen mudah. Gambar tersebut memperlihatkan imej perempuan dan hanya tertumpu kepada kaum wanita sahaja . Apabila diperlihatkan imej perempuan , automatik pemikiran kita akan terjerumus kepada fesyen yang melibatkan wanita. Gambar tersebut sangatlah mudah kerana boleh difahami sekali imbas sahaja melalui gambar tanpa perlu membaca dengan teliti apa isi gambar tersebut kerana tiada kekeliruan sama sekali kerana gambar itu telah memberitahu segala isi yang ingin disampaikan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Mudah difahami oleh pengguna jalan raya kerana boleh dikesan dengan kehadiran gambar seorang wanita kerana mungkin sahaja tentang fesyen atau sebaliknya.

 



Elemen: Mudah

Tema: KLCC pada waktu malam.

Rujukan:https://www.azhan.co/wp-content/uploads/2019/11/Photo-of-KLCC-Malaysia-700x394.jpg

Huraian: Gambar grafik di atas memberikan kefahaman yang mudah kepada individu yang melihatnya. Individu akan mengetahui suasana di Menara Berkembar Petronas pada waktu malam apabila melihat bahan grafik ini. Gambaran awal seperti rupa bentuk KLCC dan suasana KLCC pada waktu malam menjadikan mesej yang ingin disampaikan melalui grafik di atas ini jelas dan mudah difahami.Grafik ini juga menjadikan KLCC sebagai fokus utama yang turut mempengaruhi pemahaman individu.



Elemen: Mudah

Tema: Haiwan

Rujukan: https://ashgive.com/gambar-zirafah/

Huraian: Foto di atas menggambarkan dua ekor haiwan di hutan. Foto tersebut juga menggunakan elemen asas grafik mudah. Hal ini demikian kerana sesiapa sahaja yang melihat foto tersebut akan memahami bahawa foto ini adalah foto dua ekor zirafah di hutan. Disebabkan senang untuk memahami foto ini, maka foto ini diletakkan di bawah elemen grafik mudah. 



Elemen : Mudah

Tema : Makanan

Rujukkan :  https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Nasi_dibentuk_bulat.jpg 

Huraian : Elemen mudah merujuk kepada semua foto yang mudah difahami dan tanpa sebarang kekeliruan terhadap mesej yang ingin disampaikan. Seseorang yang melihat foto ini akan memahami ini ialah nasi yang diletak di atas pinggan. Foto ini memperlihatkan mesej yang sangat mudah difahami. Sekali pandang sahaja mereka sudah boleh faham mesej yang hendak disampaikan.




Elemen : Mudah

Tema : Kereta

Rujukan : https://www.positivemedia.my/advertising-services/billboard/

Huraian : Papan iklan tersebut mengandungi elemen asas grafik yang utama, iaitu mudah. Bahan utama yang digunakan dalam grafik di atas, adalah gambar kereta yang diletakkan di tengah papan iklan. Pengguna dapat memahami mesej yang ingin disampaikan dengan jelas dan mudah, iaitu iklan tentang kereta. Gambar kereta yang jelas tanpa bahan lain berserta logo jenama di atas belah kiri gambar telah menunjukkan mesej yang ringkas, mudah dan tidak  mengelirukan pengguna.



Elemen : Mudah

Tema : Pengiklanan

Rujukan : Internet

Huraian : Gambar di atas dapat dilihat dari kesemua lima elemen asas tetapi elemen mudah lebih terserlah. Ini disebabkan gambar tersebut mudah difahami oleh sesiapa yang melihatnya. Mesej yang ingin disampaikan juga jelas kerana ada disertakan dengan deskripsi jawatan, lokasi jawatan serta tarikh tutup permohonan dan ini memudahkan sesiapa yang ingin memohon jawatan.

 



Elemen : mudah

Tema : Gajet

Rujukan : https://www.google.com/search?q=handphone+iphone+&tbm 

Huraian : Foto tersebut menunjukkan sebuah telefon bimbit. Seseorang yang melihat gambar tersebut akan mudah memahaminya kerana jenama yang sudah terkemuka. Oleh sebab itu, gambar tersebut hanya menunjukkan logo jenama telefon bimbit itu. Maka, gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik mudah.


B)GAMBAR SENDIRI



Elemen : Mudah

Rujukan : Nur Iffah Syakirah binti Md Sham

Tema : Haiwan

Huraian : Sekeping foto yang menunjukkan seekor kucing sedang memerhati tuannya ketika gambarnya diambil. Gambar ini kelihatan mudah untuk didefinisikan kerana gambaran tersebut mudah difahami oleh seseorang. Gambar itu juga mudah dilihat sebagai satu mesej yang dapat difahami tanpa sebarang kekeliruan. Seseorang yang melihat gambar tersebut akan faham bahawa gambar itu ialah seekor kucing yang sedang berehat sambil memandang tepat pada kamera.

 


Elemen : Mudah

Tema : Bunga

Rujukan : Fariesya Nabila binti Mat Noh

Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu elemen asas grafik mudah. Gambar di atas menunjukkan sejambak bunga yang berada di atas meja. Gambar tersebut jelas menunjukkan bahawa mesej yang ingin disampaikan ialah sejambak bunga. Seseorang yang melihat gambar tersebut akan faham bahawa gambar itu ialah tentang sejambak bunga



Elemen : Mudah

Tema : Kereta

Rujukan : Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi

Huraian : Elemen grafik yang utama yang terdapat dalam foto di atas adalah elemen mudah. Elemen mudah ini merupakan elemen yang mudah difahami tanpa kekeliruan. Foto di atas menunjukkan sebuah rumah dan di halaman rumah tersebut mempunyai sebuah kereta. Bagi seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahawa foto itu ialah sebuah kereta yang berwarna biru.



Elemen : Mudah 

Tema : Pelancongan

Rujukan : Ellyliddia Bt Rolling

Huraian : Gambar di atas menekankan elemen mudah.Gambar tersebut menunjukkan gambar ikan yang melambangkan bahawa kawasan tersebut kaya dengan ikan jenis kelisa. Apabila seseorang melihat gambar ini mereka akan lebih mudah fahami bahawa tempat tersebut adalah kawasan pelancongan. Mereka akan mudah mengetahui apa yang dilihat dengan jelas dan lebih tepat lagi tanpa sebarang keraguan. Sekiranya gambar tersebut ini dilihat,akan memudahkan kaki pancing untuk tahu dan datang ke tempat tersebut .



Elemen: Mudah

Tema: Haiwan peliharaan

Rujukan: Salimah Ahmad

Huraian: Penglihatan individu akan berpusat kepada objek utama dalam grafik. Bahan grafik di atas memaparkan dua ekor kucing yang dapat memberikan kefahaman kepada individu apakah yang ingin ditunjukkan di dalam gambar. Elemen mudah juga dapat memaparkan ciri-ciri dan keadaan objek utama dalam grafik. Perkara ini sekali gus mempengaruhi pemahaman kepada individu secara menyeluruh tentang apa yang dipamerkan di dalam gambar.   



Elemen: Mudah

Tema: Buah-buahan

Rujukan: Adillah Binti Anuar

Huraian: Ini adalah salah satu contoh foto yang menggunakan elemen grafik mudah. Perkara ini dapat dibuktikan dengan pemahaman yang jelas terhadap foto ini. Foto ini ialah foto yang menunjukkan buah strawberi di dalam satu bekas lut sinar. Sesiapa sahaja yang melihat foto ini pasti akan memahami foto ini dengan mudah.




Elemen : Mudah

Tema : Fesyen

Rujukkan : Siti Nuratiqah Binti Rahmat

Huraian Pada foto ini juga dapat dilihat elemen mudah. Ini kerana mesej yang ingin disampaikan sangat mudah dan tidak mengelirukan. Jika seseorang melihat foto ini sudah pasti mereka akan memahami ini merupakan foto cermin mata berwarna hitam yang terletak di atas meja. Kekeliruan akan berlaku jika di dalam foto tersebut terdapat barang lain. Contohnya, pasu kecil yang diletak di belakang cermin mata itu akan menghilangkan fokus cermin mata sebagai objek utama dalam foto.




Elemen : Mudah

Tema :Alam Sekitar

Rujukan : Na Li Xian

Huraian : Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik utama,iaitu mudah. Gambar tersebut menunjukkan seorang sedang mengutip sampah-sarap di merata tempat. Bersertakan teks “Jaga Alam Sekitar Kita” yang menjadi tajuk di tengah-tengah gambar tersebut dapat menyampaikan mesej tanggungjawab jaga alam sekitar dengan tepat, jelas dan mudah kepada pembaca.




Elemen : Mudah

Tema : Pakaian

Rujukan : Dinesha Samy

Huraian :Gambar di atas dapat dikelaskan di bawah elemen mudah. Ini disebabkan perkataan yang digunakan jelas dan mudah difahami. Mesej yang ingin disampaikan juga bertetapan. Pembeli dapat lihat yang kedai tersebut ada promosi dan secara tidak langsung ini dapat menarik pembeli untuk membeli produk pakaian kedai tersebut.



Eleman : Mudah

Tema : Motosikal

Rujukan : Nureedayu

Huraian : Gambar di atas mengandungi elemen asas grafik mudah. Ianya menunjukkan sebuah motosikal berwarna hitam. Elemen ini memberikan satu fahaman yang senang untuk difahami oleh semua orang. Oleh sebab itu, gambar ini mengandungi elemen asas grafik mudah. 


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  1. BIODATA DIRI  2.  CERITA SOSIAL 1  3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA  4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK  5.  ASAS GRAFIK MUDAH  6.  ASAS GRAFIK ...