Saksikan Rancangan Sembang Temu "Celik Bahasa Isyarat"
Rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka yang diakses pada 8 April 2021 daripada https://www.youtube.com/watch?v=-h5hlplln24
Pengisian video di atas, berkenaan Sembang Tamu bersama Prof Dr Normaliza yang menceritakan "Celik Bahasa Isyarat".Dalam pengisian video tersebut,Prof Dr Normaliza ada menyatakan bahawa semua lapisan masyarakat digalakkan untuk mempelajari bahasa isyarat untuk manfaat bersama.Contohnya,ketika dilanda kecemasan bahasa isyarat bantu membantu berkomunikasi antara satu sama lain.Mungkin juga untuk berkomunikasi dengan orang kelainan upaya dengan lebih selesa.Ramai berpendapat bahawa bahasa isyarat hanya oleh orang kelainan upaya.Tetapi boleh juga digunakan oleh semua lapisan masyarkat untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Seterusnya,Prof Dr Normaliza ada membahaskan bahawa keinginan dan usaha itu juga penting dalam mempelajari sesuatu ilmu itu.Tanpa keinginan dan usaha itu, seseorang itu tidak dapat fokus untuk mempelajari sesuatu ilmu.Contohnya,Prof Dr Normaliza telah mempelajari bahasa isyarat ini dalam hanya 2 bulan melalui apikasi twitter.Disebabkan usaha dan keinginan yang mendalam itu ,beliau berjaya mempelajari bahasa isyarat tersebut.Menurut Prof Dr Normaliza lagi, Usia bukanlah penghalang untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan kita.Dan usia bukan penentu apa-apa pun.Contohnya,Prof Dr Normaliza telah mempelajari bahasa isyarat pada usia 60 tahun dan ini adalah antara pencapaian yang patut dibanggakan.Bukan semua dapat bertindak sedemikian.
Selain itu, Prof Dr Normaliza telah menceritakan kisah bagaimana beliau telah mendidik anak-anak beliau supaya turut serta dalam mempelajari bahasa isyarat tersebut.Prof Dr Normaliza menggunakan bahsa isyarat di rumah dengan anak-anak supaya anak-anak akan cuba mempelajari bahasa isyarat untuk membolehkan mereka memahami bahasa isyarat yang digunakan oleh Prof Dr Normaliza dan seterusnya anak-anak Prof Dr Normaliza akan menyampaikan pengajaran bahasa isyarat pada khayalak ketika mereka sambung belajar ataupun di tempat kerja mereka.Jelaslah bahawa cara ini menunjukkan bahawa bahasa isyarat adalah yang unik untuk dipelajari dan dimanfaatkan bersama.Oleh itu, kita harus berasa bangga jika kita boleh berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat tersebut dengan semua lapisan masyarakat.
No comments:
Post a Comment