Saturday, April 24, 2021

BBM3410- 2021 MINGGU 5 - DILEMA PENGEMBARA


https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o

Rujukan: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia yang diakses pada 19 April 2021 daripada https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o

   Topik yang dibincangkan adalah berkenaan "dilema pengembara" oleh Dr Siti Nur Alia Roslan.Menurut Dr siti Nur Alia Roslan, pengembara bukan sahaja untuk seseorang melancong secara luaran malahan bagi dalaman juga.Contohnya,seseorang yang melancong dalam negara juga dikira secara pengembara,seseorang yang merantau dengan tujuan tertentu misalnya.

    Dr Siti Nur Alia Roslan juga telah berkongsi kisah beliau merantau 21 buah negara termasuk luar negara,semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.Sejak bangku sekolah lagi, beliau telah mula merantau bersama keluarganya.Dr Siti Nur Alia Roslan ada juga membahaskan bahawa pengembara itu adalah seseorang yang keluar dari zon selesa untuk merantau dan cari pengalaman baru.

        Melalui perkongsiaan Dr Siti Nur Alia , saya rasakan bahawa beliau suka mengembara untuk mencari pengalaman baru, serta belajar perkara-perkara baru seperti makanan,adat resam,bahasa-bahasa baru yang berbeza untuk setiap negara.Memang ketika mengembara akan ada banyak rintangan namun demikian Dr Siti Nur Alia Roslan berjaya mengatasi segala rintangan tersebut.

         Berdasarkan perkongsiaan dan pengalaman Dr Siti Nur Alia , saya pun tidak sabar untuk merantau dan menimba pengalaman seperti Dr Siti Nur Alia Roslan.

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  1. BIODATA DIRI  2.  CERITA SOSIAL 1  3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA  4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK  5.  ASAS GRAFIK MUDAH  6.  ASAS GRAFIK ...