Sunday, April 4, 2021

BBM3410 - 2021 - ASAS GRAFIK - KESEIMBANGAN - GADIS JK

 BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESEIMBANGAN


A) INTERNET




Elemen: Keseimbangan

Tema: Ruang Makan

Rujukan: https://images.app.goo.gl/ZG9ktvsjrfH5wFCt6 

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu keseimbangan. Ruang di kiri dan kanan gambar tersebut menunjukkan keseimbangan. Di bahagian kanan dan kiri gambar mempunyai dua buah kerusi yang tersusun elok, manakala di bahagian atas gambar itu pula mempunyai dua buah bingkai gambar haiwan iaitu rusa kutub yang menyerlahkan lagi gambar tersebut. Susun atur yang ada dalam gambar tersebut menyerlahkan lagi keseimbangan pada gambar itu. 



Elemen: Keseimbangan

Tema: Sawah Padi

Rujukan: https://www.dreamstime.com/pemandangan-alam-beautiful-natural-scenery-image152617961

Huraian: Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto iaitu ruangan kiri, kanan, bawah dan atas. Ruangan kiri terdapat gunung dan di sebelah kanan pula terdapat beberapa pokok yang seimbang dengan rumah kampung. Di sebelah atas pula diperlihatkan dengan awan yang kebiruan dan di bawah foto terdapat sawah padi yang luas dan menghijau. Jadi, foto ini seimbang kerana telah dipenuhi dengan pokok, padi, langit, gunung dan rumah kampung. 



Elemen: Keseimbangan

Tema: Muzium Darul Ridzuan Ipoh

Rujukan : https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fipim.jmm.gov.my%2Fmuzium-darul-ridzuan&psig=AOvVaw2Y0iP_1sIT-R9ITEhSDzVi&ust=1617473203995000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCJjombST4O8CFQAAAAAdAAAAABAD 

Huraian: Elemen grafik yang paling ketara dalam gambar di atas ialah elemen keseimbangan. Elemen keseimbangan dalam grafik di atas jelas menunjukkan ruang yang seimbang di sebelah kiri dan kanan gambar. Kelihatan dua buah kolam di hadapan muzium ini dan di sebelah kiri dan kanannya mempunyai ruang yang luas. Dengan adanya rumput-rumput menghijau, warna bangunan muzium yang sesuai dan latar belakang foto yang biru telah mewujudkan lagi elemen keseimbangan dalam foto tersebut.



Elemen: Keseimbangan

Tema: Pendidikan

Rujukan:https://www.google.com/search?q=obj24754725_1603511704&tbm=isch&ved=2ahUKEwiq-LG8keLvAhWzGrcAHXViArQQ2-cCegQIABAA&oq=obj24754725_1603511704&gs_lcp=CgNpbWcQAzoCCABQ7AZY5C5gijNoAHAAeAOAAXmIAYsIkgEDNC42mAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWewAQDAAQE&sclient=img&ei=pWdoYOqRPLO13LUP9cSJoAs&bih=654&biw=1366&client=firefox-b-d#imgrc=rUlbrgMArIFYZM 

Huraian: Pemberatan elemen yang dapat dilihat di papan iklan tersebut adalah dari segi keseimbangan. Ruang yang digunakan di dalam papan iklan ini boleh dikatakan nampak stabil kerana meletakkan item gambar manusia yang disusun memanjang dan berada di bahagian bawah papan iklan. Item yang diletakkan membolehkan orang ramai melihat bahawa papan iklan tersebut ingin menyampaikan mesej yang penting kepada orang ramai tentang isu COVID-19 yang panas di negara kita yang telah meragut nyawa ramai orang.

Ruang di atas pula tidaklah begitu berat sekiranya dipandang kerana di bahagian kiri papan iklan tersebut diletakkan pula foto bagaimana untuk menjaga kesihatan diri sepanjang COVID-19. Foto yang berbentuk bulat diletakkan supaya nampak lebih seimbang dan tidak begitu besar.  Perkara ini dapat mewujudkan suasana yang harmoni apabila dipandang. Ruang di atas sebelah kanan papan iklan pula diletakkan tulisan sahaja tanpa memberatkan fokus utama papan iklan tersebut. 



Elemen: Keseimbangan

Tema: Seimbang

Rujukanhttps://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-kuala-lumpur/

Huraian: Ruang di sebelah kiri terdapat pokok-pokok tinggi yang seimbang dengan bangunan KLCC. Di sebelah atas pula terdapat langit yang luas berwarna biru. Manakala, di sebelah bawah pula terdapat rumput hijau di sekeliling tasik. Maka, gambar tersebut memperlihatkan ketinggian pokok-pokok seimbang dengan ketinggian bangunan. Langit yang luas berwarna biru seimbang dengan rumput-rumput yang berwarna hijau.



Elemen: Keseimbangan

Tema: Banner Makanan

Rujukan: https://id.postermywall.com/index.php/posterbuilder/copy/543a83cbc11bf6bb9a048c606064e766

Huraian: Grafik di atas menunjukkan elemen asas grafik keseimbangan yang wujud melalui ruang di kiri dan kanan grafik yang mempunyai saiz sama. Keseimbangan juga berlaku dengan penggunaan ruang berwarna merah di atas dan di bawah bahan grafik. Mesej dalam grafik dapat difokuskan di bahagian tengah bahan grafik menyebabkan grafik yang dihasilkan nampak seimbang. Selain itu, penggunaan gambar yang berbentuk bulat dan saiz yang seragam antara kedua-duanya di bahagian kiri dan di bahagian kanan grafik juga mempengaruhi elemen keseimbangan.



Elemen: Keseimbangan

Tema: Makanan

Rujukan:https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.kompasiana.com%2Fnastilamag%2F5ed4fb38d541df34285c7872%2Findomie-membawa-seleraku-mendunia%3Fpage%3Dall&psig=AOvVaw2Rkh_uwY-cX0mL70LnRGfR&ust=1617546260439000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCJi45duj4u8CFQAAAAAdAAAAABAT

Huraian: Papan iklan ini mempunyai elemen grafik keseimbangan. Hal ini demikian kerana penggunaan ruangnya seimbang antara satu sama lain. Penggunaan teks di ruang sebelah kiri diimbangi dengan penggunaan gambar maggi di sebelah kanan. Ruang di atas dan di bawah juga digunakan dengan sebaik mungkin iaitu dengan meletakkan logo syarikat supaya tidak ada ruang yang kelihatan kosong.



Elemen: Keseimbangan

Tema: Suasana Tempat

Rujukan: https://www.lonelyplanet.com/malaysia/malaysian-borneo-sabah/sungai-kinabatangan 

Huraian: Gambar tersebut jelas menunjukkan elemen keseimbangan. Ruang di sebelah kiri dan kanan gambar dipenuhi dengan pokok. Hujung perahu tersebut berada di tengah juga turut menunjukkan keseimbangan. Di sebelah atas pula terdapat awan yang luas berwarna biru manakala di bawah menunjukkan air sungai. Air sungai tersebut seimbang dengan langit yang berwarna biru. 



Elemen: Keseimbangan

Tema: Produk Penjagaan Rambut

Rujukan: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioXf3-CGwwn8KxiRIS1xxteO0C7yKxptJvUYHDLQ9DQJ5jD1FJomW8WTsZvi7HxVuMSw890cH6BUnuZK5hN2VgneLWvuIMlgphPG1HbIGhceMsM4FZcEHHyYAFy_RnIDLVoDoPNOKw5nI/s1600/dove-artikel.jpg

Huraian: Gambar di atas menunjukkan kesemua lima aspek grafik tetapi aspek keseimbangan lebih menyerlah. Aspek keseimbangan ini dapat dilihat melalui ruang dalam gambar tersebut iaitu ruang di atas dan di bawah serta kiri dan kanan gambar. Penggunaan ruang tidak terlalu menumpu pada sesuatu bahagian sahaja. Syampu diletakkan di sebelah kanan gambar manakala tulisan pula diletakkan di sebelah kiri gambar.


Elemen: Keseimbangan

Tema: Inovasi

Rujukan: https://cnyeroo.en.made-inchina.com/product/nCuEmApzFPhH/China-Newest-Design-Frim-StructureHighway-Billboard.html

Huraian: Papan iklan tersebut mengandungi elemen asas grafik utama iaitu keseimbangan. Terdapat ruang kosong di sebelah kiri dan kanan yang ingin disampaikan, iaitu telefon bimbit. Ruang kosong tersebut dapat menimbulkan keseimbangan pada papan iklan tersebut kerana nisbah ruang kosong dengan gambar telefon bimbit adalah sama. Papan iklan kelihatan tidak penuh dan padat dengan mesej yang ingin disampaikan. Keadaan ini dapat memudahkan pengguna untuk melihat dan membaca maklumat yang terdapat pada papan iklan tersebut. 


B) INDIVIDU



Elemen: Keseimbangan

Tema: Sinaran Matahari

Rujukan: Fariesya Nabila binti Mat Noh

Huraian Gambar di atas mengandungi elemen asas grafik iaitu keseimbangan. Gambar di atas mempunyai elemen keseimbangan kerana di bahagian kiri gambar terdapat sebuah rumah batu yang seimbang dengan bahagian kiri gambar yang mempunyai bangsal kecil. Di bahagian atas gambar pula menunjukkan langit luas yang kebiruan seimbang dengan bahagian bawah yang menunjukkan sedikit rumput yang kehijauan. Kesemua faktor tersebut memainkan peranan untuk menjadikan gambar tersebut kelihatan seimbang.




Elemen: Keseimbangan

Tema: Pantai

Rujukan: Siti Nuratiqah binti Rahmat

Huraian: Dalam foto ini juga terdapat keseimbangan kerana di sebelah kiri dan kanan telah dipenuhi dengan pokok. Di bahagian atas pula terdapat langit biru yang sangat luas dan seimbang dengan air laut. Manakala di bawah terdapat pasir pantai yang luas dan seimbang dengan pokok. Kesinambungan antara awan dan pokok telah membuatkan gambar ini nampak penuh tetapi tidak terlalu sarat kerana masih mempunyai ruang pada foto tersebut. 



Elemen: Keseimbangan

Tema: Pemandangan di pantai

Rujukan: Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi

Huraian: Gambar di atas merujuk kepada elemen grafik keseimbangan. Elemen grafik keseimbangan mempunyai ruang kiri, kanan, atas dan bawah yang seimbang mengikut pemberat sesebuah foto. Misalnya, di ruang sebelah kiri foto mempunyai sebuah buaian dan di sebelah kanan foto juga terdapat sebuah buaian. Ini telah mewujudkan sebuah foto yang seimbang. Terdapat juga awan yang luas berwarna biru dan seimbang dengan pasir pantai yang ada di ruang bawah foto tersebut.




Elemen: Keseimbangan

Tema: Pemandangan

Rujukan: Ellyliddia Bt Rolling

Huraian: Penekanan yang dapat dilihat dalam gambar ini adalah keseimbangan. Ruang di sebelah kiri dan kanan memperlihatkan sekumpulan pelajar yang sedang berkumpul menikmati suasana petang. Cahaya matahari yang hampir tenggelam berada pada tengah-tengah gambar dapat memperlihatkan bahawa suasana akan menjadi malam tidak lama lagi. Ruang dari atas ke bawah juga digunakan dengan sebaik mungkin kerana ruang di bawah memperlihatkan pasir yang mendatar dan kemudian ruang di atas pula memperlihatkan awan yang tebal. Gambar tersebut mempunyai keseimbangan yang sangat jelas.



Elemen: Keseimbangan

Rujukan: Nur Iffah Syakirah binti Md Sham

Tema: Seimbang

Huraian: Ruang di sebelah kiri terdapat dua buah bangunan bertingkat disertai dengan lebuh raya yang memenuhi gambar tersebut. Di sebelah atas terdapat awan yang luas berwarna biru. Manakala, di sebelah bawah terdapat 4 orang kanak-kanak mengenakan pakaian seragam berwarna kuning menaikkan lagi keseimbangan pada gambar tersebut. Maka, gambar tersebut kelihatan seimbang dengan adanya grafik yang memenuhi di setiap ruang.



Elemen: Keseimbangan

Tema: Sawah Padi

Rujukan: Salimah Ahmad

Huraian: Grafik di atas menunjukkan elemen keseimbangan melalui ruang di atas dan di bawah grafik. Ruang di bahagian atas gambar menunjukkan langit manakala ruang di bahagian bawah memaparkan pantulan langit di permukaan sawah padi menjadikan gambar ini mempunyai elemen asas keseimbangan. Di kiri dan di kanan gambar juga memperlihatkan adanya daun-daun dan pokok yang juga mewujudkan elemen keseimbangan.  Keseluruhan gambar dapat menyampaikan maksud dengan baik apabila dilihat oleh individu.   



Elemen: Keseimbangan

Tema: Ketenangan

Rujukan: Adillah binti Anuar

Huraian: Ruang yang ada di dalam gambar ini telah diimbangi dengan sebaik mungkin. Ruang di sebelah kiri terdapat beberapa pokok begitu juga di sebelah kanan gambar. Di sebelah atas gambar juga mempunyai beberapa dahan dan bumbung yang telah diimbangi dengan orang yang sedang meniti jambatan di ruang sebelah bawah gambar. Maka, jelaslah bahawa gambar ini mengandungi elemen asas grafik keseimbangan.



Elemen: Keseimbangan

Tema: Keindahan Alam

Rujukan: Nureedayu

Huraian: Gambar tersebut menunjukkan elemen keseimbangan yang ditunjukkan melalui langit yang luas, sebatang sungai dan rumput-rumput di tepi sungai. Penggunaan ruang antara langit di bahagian atas gambar dan sungai di bahagian bawah gambar mewujudkan elemen keseimbangan antara kedua-duanya. Di ruang kiri dan kanan gambar, terdapat rumput-rumput di tepi sungai. Keadaan ini juga menunjukkan adanya elemen keseimbangan.  



Elemen: Keseimbangan

Tema: Alat Telekomunikasi

Rujukan: Dinesha Samy

Huraian: Gambar di atas dapat dikelaskan di bawah elemen keseimbangan. Perkara ini disebabkan oleh ruang di antara atas dan bawah serta kiri dan kanan adalah seimbang dan tidak memberat pada satu bahagian sahaja. Bahagian atas merangkumi teks. Bahagian bawah adalah gambar telefon bimbit. Penggunaan ruang kosong di kiri dan kanan bahan grafik juga berperanan untuk menunjukkan keseimbangan.

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  1. BIODATA DIRI  2.  CERITA SOSIAL 1  3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA  4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK  5.  ASAS GRAFIK MUDAH  6.  ASAS GRAFIK ...