BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESESUAIAN
A) INTERNET
Elemen: Kesesuaian
Tema: Pantai
Rujukan: https://images.app.goo.gl/s6eWRyAufiQsfPTU8
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik kesesuaian. Hal ini kerana, gambar di atas menggambarkan suasana di pantai yang mana terdapat lima orang sedang menikmati suasana di persisiran pantai. Kelihatan mereka yang gembira dan senang menikmati keadaan di pantai yang tenang dan mendamaikan. Kelihatan langit yang berwarna jingga kemerahan menandakan suasana waktu yang hampir senja.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Pendidikan
Huraian :Penekanan elemen dalam gambar di atas adalah kesesuaian.Latar belakang yang sesuai menunjukkan tema yang ingin disampaikan iaitu setiap manusia mestilah mempunyai ilmu pengetahuan supaya dapat menjadi manusia yang berguna pada masa hadapan. Latar yang diletakkan seperti gambar imej buku dan sebagainya yang melibatkan perkara yang dipelajari di sekolah . Penggunaan garisan yang berjalur mampu memperlihatkan bahawa perjalanan masih jauh lagi, banyak pengalaman yang mesti kita belajar dan di gapai terlebih dahulu .Gambar seorang lelaki yang memakai beg sekolah menunjukkan semangat budak lelaki tersebut untuk menimba ilmu pengetahuan . Gambar tersebut sangatlah susuai kerana penggunaan latar yang tepat dan jelas mampu meningkatkan kefahaman apabila melihat gambar tersebut.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Suasana Pada Malam Raya
Rujukan:https://www.hmetro.com.my/minda/dialoka/2017/06/239896/seronok-sambut-hari-raya-ketika-cuti-panjang
Huraian: Foto di atas mempunyai elemen kesuaian kerana latar belakang, situasi orang sekeliling dan waktu yang diperlihatkan sangat menepati antara satu sama lain. Foto ini berlatar belakangkan sebuah rumah yang dihiasi lampu kelip-kelip yang berwarna-warni dan pelita api. Ditambah pula dengan watak kanak-kanak dan ibu bapa sedang bermain bunga api. Walaupun tidak berbaju tradisional melayu kita masih dapat menangkap imej tersebut ingin menyampaikan mesej suasana di malam hari raya.
Elemen : Kesesuaian
Rujukan: http://qairinatailoring.blogspot.com/2020/08/suasana-di-kampung.html
Tema : Suasana di kampung
Huraian : Gambar di atas merujuk kepada seorang emak dan dua orang anaknya sedang menikmati suasana di kampungya. Mereka mengambil gambar di tengah jalan raya dan dihiasi dengan sawah di kiri dan kanan mereka. Kelihatan matahari mulai terbenam menunjukkan suasana pada waktu petang. Dalam elemen ini, grafik sangat bersesuaian dengan latar tempat, latar masa dan latar watak.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Kampung
Rujukan : https://najwastory.com/2020/03/09/tempat-viral-instagrammable-kg-agong-penaga/
Huraian : Foto di atas menunjukkan kanak-kanak sedang berjalan di kampung. Suasana kampung yang amat mendamaikan. Suasana petang di kampung sangatlah damai. Tiupan angin ditunjukkan pada daun pokok kelapa. Maka, gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik kesesuaian.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Nutrisi
Huraian : Papan iklan di atas mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu kesesuaian. Papan iklan tersebut menyampaikan mesej tentang produk mininum berkhasiat yang khususnya untuk golongan warga emas, iaitu yang berumur 60 tahun ke atas. Gambar watak lelaki yang berambut putih dan kelihatan berusia 60 lebih digunakan dalam papan iklan tersebut bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan. Dengan ini, dikatakan bahawa papan iklan tersebut merupakan grafik yang bersesuaian dengan latar watak dan latar belakang.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Perayaan
Huraian: Grafik yang digunakan bersesuaian dengan latar yang terdapat di dalam foto di atas. Latar masa, latar tempat dan latar watak di dalam foto itu berkait antara satu sama lain. Latar tempat di dalam foto itu adalah di luar rumah, latar masa pula pada waktu malam dan latar wataknya, terdapat empat orang yang sedang bergembira bermain bunga api bersama. Maka jelaslah bahawa foto itu mengandungi elemen asas grafik kesesuaian.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Solat Berjemaah
Rujukan: https://iluminasi.com/img/upload/iluminasi-sejarah-hari-raya4-279.jpg
Huraian: Elemen kesesuaian ditunjukkan melalui kesesuaian bahan grafik dengan latar. Latar terbahagi kepada tiga latar iaitu latar tempat, latar masa dan latar watak. Gambar di atas menunjukkan jemaah yang sedang menunaikan solat di sebuah masjid. Watak dalam gambar menunjukkan kesesuaian dan berkaitan antara satu dengan yang lain yang menunjukkan keadaan yang ingin difokuskan.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Kampung Halamanku
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen grafik yang utama iaitu elemen kesesuaian. Elemen kesesuaian ini didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar seperti latar tempat yang terdapat dalam gambar di atas. Foto di atas merujuk kepada sebuah kampung dan terdapat seorang lelaki sedang menunggang motosikal. Keadaan langit yang hampir gelap jelas kelihatan pada waktu senja dan dihiasi dengan warna hijau padang rumput di sebelah bawah foto.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Alam Sekitar
Huraian : Gambar di atas melibatkan kesemua lima aspek grafik namun demikian aspek kesesuaian lebih menyerlah. Ini dapat dilihat melalui latar tempat,latar masa dan watak yang sesuai. Gambar di atas memberi gambaran berkenaan dengan tema “Go Green” dan bagaimana kita boleh melaksanakan “Go Green” tersebut. Ada juga watak yang menunjukkan aksi membuang sampah yang jelas menunjukkan cara untuk melaksanakan “Go Green” tersebut. Grafik-grafik dalam gambar di atas juga bersesuaian dengan tema “ Go Green”.
A) GAMBAR SENDIRI
Elemen: Kesesuaian
Tema: Perkahwinan
Rujukan: Fariesya Nabila binti Mat Noh
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik yang utama iaitu elemen kesesuaian. Gambar di atas menunjukkan gambar pasangan pengantin yang melakukan sesi pemotretan luaran. Langit di belakang yang kelihatan luas kebiruan menandakan suasana dalam gambar tersebut ialah pada waktu petang. Latar tempat, latar masa dan juga latar watak menunjukkan bahawa gambar di atas mempunyai elemen kesesuaian.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Kejayaan
Rujukan: Ellyliddia Bt Rolling
Huraian: Penekanan yang ada di dalam gambar tersebut adalah tentang kesesuaian. Gambar tersebut sedang menunjukkan pelajar-pelajar yang baru tamat persekolahan serta pelajar tersebut juga memakai jubah . Ini menunjukkan bahawa gambar tersebut adalah semasa hari penyampaian anugerah . Latar belakang yang sesuai digunakan iaitu di dalam dewan dan kelihatan mereka sangat gembira semasa majlis tersebut berjalan dengan lancar.Kesesuaian latar yang menyebabkan timbul suasana yang harmoni dan berkaitan antara satu sama lain.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Beriadah di tepi pantai
Rujukan: Siti Nuratiqah Binti Rahmat
Huraian: Elemen kesesuaian dapat dilihat di dalam gambar ini kerana watak, masa, dan latar belakang berhubung kait. Foto yang memaparkan latar belakang laut, langit yang berwarna biru serta watak yang sedang beriadah atau bermandi-manda di situ. Dari foto ini sudah cukup jelas memperlihatkan suasana yang sepatutnya apabila berada di pantai. Malahan waktu yang diperlihatkan juga sesuai dengan aktivti utama yang kita lakukan di pantai.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pulau
Rujukan : Nur Iffah Syakirah Binti Md Sham
Huraian : Sekeping gambar menunjukkan seorang wanita kelihatan gembira mandi-manda di sebuah pulau. Kelihatan pemandangan yang indah dengan cuaca yang redup. Pemandangan di belakang mencantikkan lagi gambar tersebut. Grafik ini bersesuaian kerana adanya latar tempat iaitu di Pulau Mabul, latar masa iaitu pada waktu petang dan latar watak iaitu seorang wanita.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pusat kuarantin
Rujukan : Nureedayu Zapuri
Huraian : Foto di atas menunjukkan suasana di tempat kuarantin. Kelihatan banyak aktiviti sendiri yang sedang dilakukan oleh pesakit. Terdapat juga keadaan suasana awal malam di pusat kuarantin. Maka foto ini menunjukkan adanya elemen kesesuaian.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Ilmu pengetahuan
Rujukan : NA LI XIAN 203932
Huraian : Gambar di atas mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu kesesuaian. Gambar tersebut menyampaikan mesej tentang suatu pameran buku yang akan diadakan di Sunway Pyramid. Bahan gambar setumpuk buku yang berada di hujung kanan berkait rapat dan bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan. Dengan ini, dikatakan bahawa gambar tersebut merupakan grafik yang bersesuaian dengan latar belakangnya. Pada masa yang sama, warna teks dan latar belakang yang digunakan adalah sesuai.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Pengangkutan Awam
Rujukan: Adillah binti Anuar
Huraian: Foto orang yang sedang berada di dalam pengangkutan awam ini sangat sesuai dengan latar masa dan latar tempat yang ada. Setiap orang tidak menghiraukan hal orang lain dan hanya menumpukan dengan diri masing-masing. Begitulah keadaan yang sering kali terjadi apabila menggunakan pengangkutan awam. Foto ini mengandungi elemen asas grafik kesesuaian.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Muzium Kota Kuala Kedah.
Rujukan: Salimah Ahmad
Huraian: Grafik di atas menunjukkan elemen kesesuaian. Foto ini menunjukkan fokus utama iaitu tembok dan rumah api lama yang bersesuaian dengan persekitaran muzium. Kedua-dua benda dalam grafik mempunyai ciri yang menunjukkan fungsi kesejarahan masing-masing. Oleh itu, jelas menunjukkan bahan grafik ini bersesuaian dengan latar tempat.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Persahabatan
Rujukan : Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen grafik yang umum iaitu elemen kesesuaian. Elemen kesesuaian ini merujuk pada latar tempat, latar masa dan latar watak dalam sesuatu foto. Foto tersebut kelihatan empat orang kanak-kanak sedang bermain permainan tradisional iaitu tarik upih pinang di kawasan lapang sebuah kampung. Langit membiru menunjukkan suasana pada waktu petang. Terdapat tulisan di bawah foto tersebut yang menunjukkan “Persahabatan” antara mereka.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Makanan
Rujukan : Dinesha Samy
Huraian : Gambar di atas dapat dikelaskan di bawah elemen kesesuaian. Disebabkan,kesesuaian dari segi latar tempat,masa dan watak. Grafik makanan telah diletakkan untuk menunjukkan makanan tersebut yang ingin difokuskan serta untuk menarik perhatian pembeli dengan promosikan harga sekali dengan gambar grafik tersebut.
No comments:
Post a Comment