DINESHA A/P SAMY ( 203931)
Pendekatan Analisis Wacana (Normaliza Abd Rahim,2018) |
||||
PRA-ANDAIAN
1. Intuisi 2. Konteks ü Penerimaan / penafian ü Keperluan ü Perujukan ü Anafora ü Pengulangan ü Kekaburan ü Penegasan |
EMOSI
1.
Positif 2.
Negatif 3.
Emosi bercampur ü
Perangai ü
Personaliti ü
Mood ü
Motivasi |
NILAI & BUDAYA
1.
Diri 2.
Masyarakat 3.
Adat ü
Jujur, Ikhlas,baik hati,kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederh-anaan ü
Berdikari, hemah tinggi,keber-anian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan ü
Hormat Menghormati,kerjasama, Semangat bermasyarakat ü
Keadilan, kebebasan, rasional |
BAHASA
1.
Bahasa pertama/ Kedua/ ketiga 2.
Formal/ tidak formal 3.
Kesalahan bahasa 4.
Linguistik |
INFERENS
1.
Rumusan
Keseluruhan 2.
Rumusan topik perbincangan 3. Penutup kata |
Rajah 4 :
Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018)
Pra-andaian merupakan sesuatu yang
diramalkan dahulu sebelum membahaskan
sesuatu perkara atau melaksanakan sesuatu tindakan.Pra-andaian ini merangkumi
dua aspek iaitu intuisi dan konteks.Intuisi membawa maksud kebolehan memahami
sesuatu tanpa berfikir.Ini juga boleh berlaku di luar kesedaran seseorang
itu.Konteks pula dinilai melalui aspek
penerimaan/penafian,keperluan,pertujukan,anafora,pengulangan,kekaburan, dan
penegasan.
Emosi pula merupakan perasaan jiwa yang
kuat contohnya seperti sedih,gembira dan takut.Emosi ini penting untuk
menimbulkan sentimen terhadap sesuatu perkara yang dapat memberikan kesan
kepada pembaca atau seseorang.Emosi dapat dibahagikan dua aspek iaitu emosi positif,negatif
dan bercampur.Emosi seseorang itu dapat dilihat melalui perangai atau mood
seseorang.Contohnya,seseorang yang berasa sedih selepas melihat babak-babak
drama misalnya.
Bahasa pula difokuskan kepada bahasa
pertama/kedua/ketiga dan lain-lain.Selain itu, bahasa juga dibahagikan kepada
bahasa formal dan tidak formal.Kesalahan bahasa juga dinilai supaya Nampak lebih
gramatis dan menepati kriteria sesuatu bahasa itu.Aspek linguistik juga harus
diambil kira untuk memastikan huraian lebih jelas dan mudah difahami.
Inferens merangkumi rumusan keseluruhan,rumusan topik perbincangan dan penutup kata.Setiap aspek ini dinilai supaya sesuatu wacana,ujaran,teks dan tulisan lebih lengkap,jelas dan mesej yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pembaca.
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019)
Kajian Wacana dan Komunikasi :
Teori dan Aplikasi,Penerbit UMT,
Kuala Nerus.
No comments:
Post a Comment