Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus. Ms 23-24.
Kisah
cerita sosial 2 bermula apabila bapa alim telah membeli buah-buahan dari pasar
tani dan telah membawanya balik ke rumah.Memang bapa tahu yang Alim,abang
Imran,kak Madihah dan Aisyah gemar makan buah-buahan tempatan dan disebabkan
itu bapa Alim telah bercadang untuk membelinya dari pasar tani.Banyak juga
buah-buahan yang telah dibeli oleh bapa Alim terutamanya buah rambutan,buah
durian,buah manggis,buah langsat ,buah duku dan banyak lagi.Abang Imran yang
telah melihat buah-buahan tersebut terus bertanya kepada bapanya dari mana bapanya
beli buah-buahan tersebut dan bapanya memberi tahu yang dia telah belinya dari
pasar tani dan menyuruh abang Imran
memanggil semua termasuk adik-adiknya
dan ibunya supaya dapat makan bersama.Abang Imran pun memanggil ibu dan
adik-adiknya.Madinah yang telah melihat buah-buahan tersebut terus menyerit
keriangan sambil menyeru “ wah,banyaknya buah-buahan !” Aisyah pula berlari mendapatkan manggis dalam
plastic sambil menyerit “adik nak manggis !” Lepas itu, ibunya memberitahu ibu
dah sediakan bakul sampah dan nanti letak semua sampah dalam ini ye.Ibunya juga
menyeru “jangan letak sampah merata tempat nanti rumah akan kotor dan bersepah”.Imran,Madinah,Alim,
dan Aisyah menganggukkan kepala tanda faham.Kemudian,Alim bertanya kepada
ibunya “boleh kita bagi Sulaiman sedikit buah-buahan ini ?”Alim teringat
pesanan ibu dan bapanya untuk berkongsi barang atau barangan yang kita suka
adalah perbuatan yang baik.Terus ibunya menyeru “baik sungguh anak ibu,Alim
ingat pesan ibu dan ayah” sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah.Lepas
itu ,ibunya memberi plastik yang mengandungi buah rambutan dan manggis kepadanya
untuk diberikan kepada Sulaiman sambil memberitahu yang ibunya nampak Sulaiman
siram pokok bunga tadi.Alim pun mengambil plastik tersebut lalu balas kata
ibunya dengan “baik ibu,terima kasih”.Kemudian, Alim pun pergi mendapatkan
Sulaiman untuk memberikan buah-buahan tersebut.Lepas itu,Alim pun memberikan plastik
tersebut kepada Sulaiman dan Sulaiman pun tersenyum lalu mengucapkan terima
kasih kepada Alim.Kemudian,Alim terus lari mendapatkan keluarga sambil
tersenyum puas.Alim faham sifat berkongsi itu baik.Alim juga faham abang
Imran,Madinah,Aisyah juga akan berkongsi barang atau makanan dengannya.Setelah
selesai makan,Alim menolong abang Imran,kak Madinah,ibu dan bapa mengemas rumah
pula.Alim turut membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di
luar rumah.Ketika itu,Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman
yang sedang menyapu lantai di luar rumah.Mak cik Timah ujar “Alim,terima kasih
beri buah-buahan kepada Sulaiman tadi”. Alim balas “sama-sama Mak Cik lalu
memberitahu yang ibunya berkata berkongsi itu perbuatan yang baik.Ibu juga
pesan,Sulaiman jiran yang baik.Mak Cik Timah turut membalas kata Alim dengan wajah sedih “ya
betul tu Alim,Alim anak yang baik” .Alim
yang melihat wajah Mak Cik yang sedih itu terus bertanya “kenapa Mak Cik
sedih?” . Mak Cik beritahu yang dia tak sedih malahan gembira kerana Alim baik
dengan Sulaiman.Alim pun beritahu yang dia suka berkawan dengan Sulaiman.Dalam
hati , Mak Cik hanya mampu doa kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.
Secara
keseluruhannya, terdapat sedikit pengajaran yang diambil daripada kisah di atas
iaitu sikap berkongsi makan atau barang dengan orang sekeliling.Ini adalah
antara sikap terpuji yang harus dimiliki oleh setiap insan.Selain itu, Ibu dan
bapa juga memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak dengan sikap
terpuji sebegini.Ibu bapa juga haruslah menjadi contoh yang baik kepada
anak-anak supaya anak-anak juga akan terikut nanti.
No comments:
Post a Comment